Wednesday, April 16, 2014

Ubat berhenti susu badan



Dostinex ubat berhenti susu badan


Tidak dinafikan breast feeding atau dalam bahasa melayu ialah susu badan mempunyai khasiat yang banyak serta kebaikan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana jenis susu haiwan tak kira lah susu awal lembu, kambing atau sebagainya.

Kebiasaan apabila seorang ibu melahirkan anak mereka akan memberikan susu badan sebagai makanan untuk bayi. Ini adalah kerana hanya susu ibu sahaja membekalkan antibodi kepada bayi. 

Namun, ada segelintir ibu yang mempunyai masalah dengan susu badan. Contohnya bengkak susu. Berdasarkan pengalaman saya sendiri turut mengalami bengkak susu dimana anak saya tidak mahu menyusu melalui payudara kerana puting susu tengelam.

Apabila masalah ini terjadi sedikit sebanyak susu yang terkumpul menjadikan payudara bengkak ditambah pula kelenjar susu yang sangat aktif. Disebabkan itu saya merana akibat bengkak susu rasanya seperti disengat lebah dan terasa amat sakit sekali.

Saya terpaksa mengepam susu untuk diberikan pada anak. Tetapi disebabkan kelenjar susu yang aktif saya terpaksa mengepam susu setiap satu jam sekali dan ia membuatkan saya rasa berasa tertekan kerana apabila susu tidak dikeluarkan payudara akan membengkak dan sakit.

Kehidupan saya yang ketika itu baru sahaja melahirkan anak berasa amat rimas dan nak marah sebabkan sakitnya bengkak susu. Saya hanya sempat menyusukan anak dengan susu ibu hanya 3 bulan kerana tidak tahan disebabkan kehidupan seharian terjejas. Saya susah dan jarang keluar rumah kerana terpaksa mengepam susu setiap satu jam malah saya kurang tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.

Masuk bulan ketiga saya menyedari terdapat satu benjolan yang besar di payudara kanan. Setelah disiasat ianya berpunca dari kelenjar susu yang sangat aktif ditambah pula saluran yang tersumbat. Atas nasihat doktor saya membuat keputusan untuk berhenti susu badan. Disebabkan ini saya disahkan menghidapi breast cyst akibat daripada susu yang tersumbat.



Dostinex adalah ubat berhenti susu badan yang bagus serta cepat berkesan tetapi bergantung terhadap reaksi ubat berhenti susu badan mengikut individu ini kerana setiap individu adalah berbeza. Ubat ini hanya mengandungi 2 biji dalam satu botol dan berharga RM 41.90 untuk sebiji ubat. Ini bermakna RM83.80 untuk dua biji ubat.

Ubat berhenti susu Dostinex harus dimakan dua biji dan mengikut pengalaman sendiri susu badan saya berhenti secara keseluruhanya selepas 3 minggu. Dostinex atau ubat berhenti susu ini tidak mudah didapati kerana ia merupakan ubat terkawal malah haruslah mendapat preskipsi daripada doktor. Nasib saya baik kerana suami saya seorang doktor jadi mudah untuk saya untuk mendapatkanya.

Nasihat saya terhadap sesiapa yang berhasrat untuk berhenti susu badan ia haruslah mempunyai alasan yang kukuh kerana susu ibu merupakan susu yang terbaik bagi bayi anda. Saya harap ada semua akan dapat sedikit sebanyak dari pengkongsian ini.

Filled Under:

35 comments:

  1. Salam puan sy pun mmpunyai msalh yg sma. bole sy tau klinik suami puan di mna? klau bole whtsapp sy 0132701016 tme ksh puan

    ReplyDelete
  2. Sy pun mempunyai masalah yg sama..boleh sy tau selama 3minggu susu kering..stiap hari bengkak susu akan ada ke?sy baru try ubat ni beli dekat famasi tp cara makannye 2biji mkn 1hari half2 pagi dan malam selama 2hari..1hari mkn masih ade lagi bengkak susu..sy x tahan sy pump jgk..puan bole whatsapp no sy 01114301320 sy nk tnya detail feeback mkn ubat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum, puan bleh sy tahu setelah puan makan ubat ni ambik mase berape lame utk kering susu tu ye? sy pun mcm puan, da makan 2 bijik tp masih bengkak. dan sy pump jugak sbb sakit. Sy tahu article ni da agak lme. tapi mntak ptolongan puan share pengalaman ye. Tq,maybe puan bleh whatsapp sy jugak 017-2423836

      Delete
    2. saya pn sama, dah makan tp mcm x berkesan. kene ambil masa yg lama ke utk hentikan susu badan ni? dan harga pil mmg tersangat la mahal..

      Delete
    3. Saya pon dah beli ubat nie n kena makan sebelum tido.. Doctor kata dah makan takyah pam.. Tapi bila saya bangun pagi saya rasa breast bengkak n sakit.. So saya terpakse pam.. Ke nak kena biar kan die hilang sendiri??

      Delete
  3. salam
    sy skg baru habis pntg sy melalui bgkak susu akibat amal ubat tuk banyakkan susu so bf sy jdi banyak n sy selalu pam smpaikan melecet dan skg sy trpaksa stop susu akibat puting sy sakit smpai sy demam2 tp sy sempat buat stop lam freze bekalan susu saya dan skg cra nk hilgkan bgkak susu ikat kain lampin biarkan susu menitis kalau kita tekan susu akan membgkak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh sy thu nye Puan,cmner yea nk ikat lampin tue nk letak kt mne...konfius kejab

      Delete
  4. Salam blh saya tahu ubat ni mmg akan surutkan bengkak susu ke?

    ReplyDelete
  5. Sis Cuba letak kobis... Nanti surut bengkak tu... Insyaallah...
    Saya Pon stress sbb masalah puting tengelam...Kena pump...Bagun tidur ppum sbb sakit..tp saya masih dalam pantang....Still penat la....😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm saya puting tengelam...x lart sgt nk mngepam

      Delete
    2. Me hve same probs too.nk stop bfeed slow2..krng pam susu,but i guess i ada klenjar aktif jgk.prduce susu every 1hour.sgt pnat.nk pam susu lg.nk jge ank lg.btw i alrdy hve 2 child n now i hving d sme probs wth my 3rd chld.

      Delete
  6. Anak sudah berusia 2 thn lebih..mslhnya pelbagap cara sya untuk menghentikan anak dr menyusu namun tdk berkesan..bolehkah dgn makan ubt berhenti menyusu dibolehkan..dan ubat tersebut blh dibeli dimana

    ReplyDelete
  7. Boleh saya tahu ada kesan sampingan lain ke bila mkn ubat berhentikan susu??

    ReplyDelete
  8. Sy dah makan ubat ni dah seminggu lebih...tapi susu masih ada lagi...klu sy bagi kat anak sy susu badan yg terbentuk tu boleh x atau mcm mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak Tanya brapa lama utk kering...sy dh makan sminggu susu maseh ada... Dokter tmpat saya kata mkaan sbiji.. Lpas sminggu makan lagi sbiji..

      Delete
    2. Susu yg ada tu balance dia je .. dia dah stop .. kena perah buang .. sampai kita rasa kosong dahh

      Delete
    3. So mmg susu yg tgl ni , susu balance jeke sis , mmg kena perah ye?

      Delete
  9. Ibu mengandung boleh makn pil ni tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu mengandung blom ada penghasilan susu.

      Delete
    2. Puan. Saya baru keguguran usia kandungan 6 minggu. Lps 5 hari tiba2 susu sakit dan saya try pam tiba2 susu keluar. Ni firstime jadi kat saya sbb baru nikah. Mcm mana nk keringkan susu sbb kandungan dh gugur 😢

      Delete
  10. Salam.. perlu pam ke selepas ambil ubat ni? Atau biarkan sahaja sampai susu kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedang makan pil ni jugak hari ke 2. tapi susu bengkak lagi saya picit keluar tapi x picit habes. boleh ke simpan untuk bayi kita minum?

      Delete
    2. Boleh tahu lepas awak makan pil ni menjadi tak?

      Delete
    3. Sis.. kalau makan ubat dia ada yg cpt ada yg lambat. Kalau lambat kesan dia sis mnum teh peppermint in sha Allah cpt kering susu

      Delete
    4. Mana nak dpt ye teh ini? Saya ada masalah yg sama

      Delete
    5. Saya minum tea peppermint cirit... Sy tgh makan ubat ni... Dokter sruh minggu ptama 1 biji minggu ke 2 biji... Hari yg sama...

      Delete
    6. Sis,Lau minum teh peppermint cirit brpe lme nk keringkn Susu yea?

      Delete
  11. Boleh saya dapat ubat ini dengan segeea kerana sy memerlukan...akk saya kena kanser nk buat kimo xblh sbb susu bdn masih ada

    ReplyDelete
  12. Saya adalah ibu yg br bersalin. Namun, ank telah dijemput Ilahi. Saya x mampu utk menanggung kesakitan bengkak susu. Blh saya tau di mn saya blh dptkn pil ni?

    ReplyDelete
  13. Sy ada masalah yang sama..kt mana nk beli ubat tu..bile tnye nurse..dier suh tuam dgn air panas atau ais..lepas tu pam.. mslhnye xberkesan langsung..sy jd tertekan dan asik mrh2.. puting pun da melecet sbb asik pam susu tp susu xkeluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selesai ker? Saya pon sama dpt nasihat sama...

      Delete
  14. Sy ada masalah yang sama..kt mana nk beli ubat tu..bile tnye nurse..dier suh tuam dgn air panas atau ais..lepas tu pam.. mslhnye xberkesan langsung..sy jd tertekan dan asik mrh2.. puting pun da melecet sbb asik pam susu tp susu xkeluar

    ReplyDelete
  15. Kalau da makan pil ni susu akan mengalir je ke atau kering kt dlm? Sbb sy pun masi bengkak lagi susu merah ade ketul2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan.. dpt jwpan x? Sy baru je mkn pil tu. N now tgh bengkak susu,peritnya yaAllah. Nak pam xboleh sbb doc ckp jgn pam lpas amek ubat ni. Mmg sakit sikit. Tp stress la nk tdoq pon xboleh

      Delete
  16. Saya pun ada masalah yg sama jgk...anak x nak hisap...kena pam dgn kerap sampai puting pecah...bengkak susu lg ...terpaksa ambil pil ni...tp tu la dah ambil tapi tetap bengkak...terpaksa jgk pam

    ReplyDelete