Friday, April 25, 2014
Pertandingan memancing di A' Famosa
Acara melepaskan ikan di kolam pancing A' Famosa
Acara melepaskan ikan air tawar di kolam pancing A' Famosa bertujuan untuk pertandingan memancing yang akan diadakan pada 4 Mei 2014 bertempat di Kolam ikan A' Famosa.
Antara ikan air tawar yang dilepaskan ke kolam ini antaranya ialah ikan patim, keli, talapia dan di anggarkan berat jumlah keseluruhan ikan tersebut sebanyak 800kg.
![]() |
Acara melepaskan ikan |
Antara ikan air tawar yang dilepaskan ke kolam ini antaranya ialah ikan patim, keli, talapia dan di anggarkan berat jumlah keseluruhan ikan tersebut sebanyak 800kg.
Yuran pendaftaran bagi pertandingan memancing di Kolam pancing A' Famosa ialah sebanyak RM 100 untuk setiap penyertaan dan juga akan mendapat 'goodies bag' bernilai RM 50.00
Masa :- 8 pagi hingga 12 tengahari.
Tarikh :- 4 Mei 2014
Tempat :- Kolam pancing A'Famosa
Jumlah hadiah wang tunai : RM 20,400.00
Bagi setiap 200 penyertaan terawal sebelum 3 Mei 2014 akan layak mendapat sehelai T - Shirt dan Cenderamata Eupro yang bernilai RM 50.00 Jadi bagi sesiapa kaki pancing jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah lumayan menanti anda.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 019 6003517 ( TEE) atau 06 5520888
Thursday, April 24, 2014
The Maze A Famosa yang menakjubkan
Selesaikan misteri di The Maze A Famosa
Cabar diri dan minda anda dengan The Maze A Famosa yang sememangnya penuh dengan misteri yang harus anda rungkaikan.
Alami sendiri bagaimana rasa terperangkap dan harus mencari jalan keluar dengan meyelesaikan puzzle yang amat rumit tetapi seronok!
Saya serta berberapa wartawan dari Utusan, Kosmo!, Oriental Daily, Harian Metro serta Nanyang Siang Pau telah mencuba permainan The Maze A Famosa ini. Kami adalah pemenang pada hari itu.
Ternyata ianya amat meyeronokan sekali gus mewujudkan sikap bekerjasama dalam menyelasaikan puzzle tersebut.
The Maze A Famosa sememangnya menarik dan amat berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencabar minda pemikiran kreatif dan idea bagi menyelesaikan setiap persoalan yang ada.
Harga masuk di The Maze A Famosa serta syarat-syarat bermain ialah:-

bangunan the maze |
![]() |
sesi taklimat sebelum permainan dimulakan |
Ternyata ianya amat meyeronokan sekali gus mewujudkan sikap bekerjasama dalam menyelasaikan puzzle tersebut.
The Maze A Famosa sememangnya menarik dan amat berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencabar minda pemikiran kreatif dan idea bagi menyelesaikan setiap persoalan yang ada.
![]() |
we are the winner |
Harga masuk di The Maze A Famosa serta syarat-syarat bermain ialah:-
RM 36 seorang / Umur 15 tahun keatas sahaja dibenarkan bermain The Maze.
Masa permainan : 60 minit.
Pesakit jantung dan ibu mengandung tidak digalakan bermain.
Permain haruslah datang awal 15 minit sebelum permainan di mulakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi -5 petang.
Apa tunggu lagi? Jom cabar diri anda dengan permainan The Maze ini! Lawati www.afamosa.com untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut.
Jom bagi makan pada buaya di A Famosa
Crocodile Alive salah satu tarikan baru di A Famosa
Dengar sahaja buaya pasti ada yang gerun denganya. Namun bagi yang berhajat atau suka dengan hidupan ini boleh datang dan berpeluang memberi makan kepada buaya yang terdapat di Safari Wonderland A Famosa.
Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Tak bahaya ke bagi makan pada buaya? Macam mana cara bagi makan? Ha.. sebenarnya tak lah seram sangat pun bagi makan kat buaya di A Famosa ni.
Crocodile Alive merupakan salah satu tarikan baru yang terdapat di sini selain Tiger Enconter [klik sini]Terima kasih saya ucapkan kepada pihak A Famosa yang sudi memberi peluang kepada saya merasai pengalaman hebat ini.
Program crocodile alive ini membolehkan para pengunjung berada secara dekat. Pihak yang bertugas telah meyediakan joran yang mempunyai makanan iaitu ayam.
Saya bersama wartawan serta blogger yang lain dapat merasai sendiri pengalaman memberi makan pada buaya yang ternyata amat meyeronokan serta teruja.
Sememangnya program crocodile alive ini sangat bagus dan sesuai seisi keluarga bagi merasai pengalaman yang tidak terdapat dimana-mana safari lain.
Saya juga berpeluang memberi makan kepada harimau dengan secara dekat iaitu program Tiger Enconter
[ klik sini ]
Review penuh Water Theme Park A Famosa beserta Big Ice Cream ride [ Klik sini ]
Saya juga berpeluang memberi makan kepada harimau dengan secara dekat iaitu program Tiger Enconter
[ klik sini ]
Review penuh Water Theme Park A Famosa beserta Big Ice Cream ride [ Klik sini ]
Wednesday, April 23, 2014
Cuti Cuti Jakarta
Cuti Cuti Jakarta
Admin Hotlips Corner telah ke Jakarta bercuti melawat sanak saudara di sana. Percutian ini tanpa agen atau mengambil mana-mana pakej percutian ke Jakarta.
Semuanya diatur sendiri apabila tiba di sana. Saja nak try mana tahu lebih murah. Kali ini pergi simple trip aje. Cuma pergi Safari dan shopping saje.
Hari Pertama:

Di Lcct, naik Air Asia |
Monday, April 21, 2014
Kompleks Peranginan Bank Negara, Port Dickson
Kompleks Peranginan Bank Negara, Port Dickson
Hotlips Corner telah bercuti bersama keluarga di Port Dickson di pusat peranginan milik Bank Negara. Untuk pengetahuan ini hanya untuk pekerja Bank Negara sahaja.
Kompleks Peranginan Bank Negara di Port Dickson ini terletak berhampiran Pantai Tanjong Biru. Kira dekat juga dengan Teluk Kemang.
Jom layan sedikit sebanyak gambar:
![]() |
Kakak Ipar (kiri) dan Wawa (sepupu) |
![]() |
![]() |
Mandi Di Swimming Pool |
![]() |
Suami (belakang), mak mertua (kiri sekali), kakak ipar, dan 2 orang sepupu |
Wednesday, April 16, 2014
Ubat berhenti susu badan
Dostinex ubat berhenti susu badan
Tidak dinafikan breast feeding atau dalam bahasa melayu ialah susu badan mempunyai khasiat yang banyak serta kebaikan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana jenis susu haiwan tak kira lah susu awal lembu, kambing atau sebagainya.
Kebiasaan apabila seorang ibu melahirkan anak mereka akan memberikan susu badan sebagai makanan untuk bayi. Ini adalah kerana hanya susu ibu sahaja membekalkan antibodi kepada bayi.
Namun, ada segelintir ibu yang mempunyai masalah dengan susu badan. Contohnya bengkak susu. Berdasarkan pengalaman saya sendiri turut mengalami bengkak susu dimana anak saya tidak mahu menyusu melalui payudara kerana puting susu tengelam.
Apabila masalah ini terjadi sedikit sebanyak susu yang terkumpul menjadikan payudara bengkak ditambah pula kelenjar susu yang sangat aktif. Disebabkan itu saya merana akibat bengkak susu rasanya seperti disengat lebah dan terasa amat sakit sekali.
Saya terpaksa mengepam susu untuk diberikan pada anak. Tetapi disebabkan kelenjar susu yang aktif saya terpaksa mengepam susu setiap satu jam sekali dan ia membuatkan saya rasa berasa tertekan kerana apabila susu tidak dikeluarkan payudara akan membengkak dan sakit.
Kehidupan saya yang ketika itu baru sahaja melahirkan anak berasa amat rimas dan nak marah sebabkan sakitnya bengkak susu. Saya hanya sempat menyusukan anak dengan susu ibu hanya 3 bulan kerana tidak tahan disebabkan kehidupan seharian terjejas. Saya susah dan jarang keluar rumah kerana terpaksa mengepam susu setiap satu jam malah saya kurang tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.
Masuk bulan ketiga saya menyedari terdapat satu benjolan yang besar di payudara kanan. Setelah disiasat ianya berpunca dari kelenjar susu yang sangat aktif ditambah pula saluran yang tersumbat. Atas nasihat doktor saya membuat keputusan untuk berhenti susu badan. Disebabkan ini saya disahkan menghidapi breast cyst akibat daripada susu yang tersumbat.
Dostinex adalah ubat berhenti susu badan yang bagus serta cepat berkesan tetapi bergantung terhadap reaksi ubat berhenti susu badan mengikut individu ini kerana setiap individu adalah berbeza. Ubat ini hanya mengandungi 2 biji dalam satu botol dan berharga RM 41.90 untuk sebiji ubat. Ini bermakna RM83.80 untuk dua biji ubat.
Ubat berhenti susu Dostinex harus dimakan dua biji dan mengikut pengalaman sendiri susu badan saya berhenti secara keseluruhanya selepas 3 minggu. Dostinex atau ubat berhenti susu ini tidak mudah didapati kerana ia merupakan ubat terkawal malah haruslah mendapat preskipsi daripada doktor. Nasib saya baik kerana suami saya seorang doktor jadi mudah untuk saya untuk mendapatkanya.
Nasihat saya terhadap sesiapa yang berhasrat untuk berhenti susu badan ia haruslah mempunyai alasan yang kukuh kerana susu ibu merupakan susu yang terbaik bagi bayi anda. Saya harap ada semua akan dapat sedikit sebanyak dari pengkongsian ini.