Wednesday, January 29, 2014

Transformers Expo Malaysia 2014

Transformers Expo Malaysia 2014


Pada 28 Januari 2014 yang lalu, saya dijemput oleh pihak Resort World Genting untuk menyertai Grand Launch Transformers Expo Malaysia 2014 khas untuk para media sahaja. Dibuka untuk orang ramai pada 31 Januari - 16 Febuari 2014.

Thursday, January 16, 2014

Makan malam di Subak Restaurant

Subak Restaurant, Sg.Pencala.

Sempena Visit Malaysia 2014, saya bersama Tourism Negeri Sembilan, blogger dan juga ahli Friends Of Negeri Sembilan telah menikmati makan malam di Subak Restaurant yang terletak di Sg. Pencala.
Pertama kali menjejaki kaki di tempat ini padahal saya sememangnya tinggal di Petaling Jaya Section 16 suatu ketika dahulu.

Secara kasarnya, Subak Restaurant ini mempunyai persamaan sedikit dengan Stone Cafe yang terletak di Bandung kerana kedudukan di atas bukit dan serba sedikit dekorasi yang hampir sama. [ klik sini ]
Apa yang menarik tentang Subak Restaurant ini ialah sebaik sahaja melangkah masuk anda akan merasa teruja dengan keindahan dekorasi dan suasana yang tenang.

Makanan yang di hidangkan untuk kami ialah secara buffet menu ala kampung. Antara menu yang ada ialah ayam, kupang masak lemak cili padi,telur masak kicap,ikan keli berlada dan sayur sawi. Terdapat juga mee/bihun sup.

Pencuci mulutnya pula terdiri daripada buah tembikai, buah oren dan juga jelly. Makanan yang di sediakan amat sedap ditambah pula dengan suasana restaurant yang tenang dan romantik membuatkan saya merasa seperti berdating bersama suami. Hehe. Salah satu tempat yang amat sesuai bagi pasangan bencinta mahupun yang sudah berkahwin.

Rating secara keseluruhanya tempat ini dari segi makanan, servis,suasana dan tempat ialah :-

Makanan : 9/10
Servis : 9/10
Suasana : 9/10

Silalah berkunjung ke Subak Restaurant yang terletak di Sg. Pencala pasti anda tidak menyesal menikmati makanan disini disamping dapat merehatkan minda di tempat ini. Terbaik







Monday, January 13, 2014

Lagu Kekasih Abadi - Yusry & Lisa Surihani (LIRIK)


Lisa Surihani buat pertama kalinya merakamkan lagu pertamanya dan lebih manis lagu ini dirakam bersama suami tercinta Yusry Abdul Halim.

Dikatakan pada mulanya Lisa seperti teragak-agak untuk merakamkan lagu ini namun setelah dipujuk Yusry dan keluarga, Lisa akhirnya bersetuju.

Lagu ini boleh dikatakan lagu meraikan cinta mereka.

Rating:
Vokal: 3/5
Lirik : 4/5
Lagu: 4/5

Overall: 4/5

Jom dengar lagu ini:


LIRIK LAGU KEKASIH ABADI - YUSRY & LISA SURIHANI

Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

Monday, January 6, 2014

Ciri Perempuan Pisau Cukur

Ciri-ciri perempuan pisau cukur.

Pasti ramai lelaki diluar sana tidak sedar bahawa diri mereka sedang didampingi oleh perempuan pisau cukur. Tambahan pula jika si lelaki itu berpoket tebal. Macam gula dihurung semut la jadinya. Di bawah ini adalah contoh-contoh ciri perempuan pisau cukur.

1. Perempuan pisau cukur selalunya menyamakan sebuah perkahwinan sebagai pelaburan perniagaan yang sangat untung.

2.Sanggup kahwin dengan orang tua boroi kerepot sedangkan perempuan itu masih muda dan cantik.

3. Jadi emak tiri kepada lelaki kaya padahal anak tirinya langsung tidak menyukainya.

4. Duduk rumah sewa mewah dan mintak teman lelaki/suami  yang bayarkan.

5. Sentiasa bermakeup 24jam untuk kelihatan cantik dan mengoda lelaki kaya.

6. Menjadikan teman lelaki/suami  kaya sebagai satu pelaburan yang sangat baik.

7. Minta kereta,rumah,barang kemas dan segala macam benda mahal pada hari pertama dating.

8. Menghabiskan duit teman lelaki/ suami  dengan bershopping sepanjang hari.

9. Ajak teman lelaki /suami bercuti ke luar negara dan apabila balik ke malaysia penuh dengan barang-barang mahal.

10. Menghabiskan duit teman lelaki / suami sehinggakan di istiharkan bankrup pleh pihak bank.