Wednesday, November 12, 2014

Lagu Best Cool Kids Hasil Nyanyian Echosmith

Lagu Best Cool Kids Hasil Nyanyian Adik-Beradik Echosmith



Lagu Cool Kids ni memang cathcy dan best, Layan betul. Pertama kali dengar ingat penyanyi pop rupa-rupanya band kugiran adik-beradik menggelarkan diri mereka Echosmith.

Band ni terdiri dari 4 orang adik beradik Sierota:

Jom Cuba Silky Girl Moisture Balm Lipstik

Silky Girl Moisture Balm Lipstik



Susah pakai lipstik sebab terasa bibir kering? Kini tidak lagi dengan adanya lipstik dari Silky Girl yang dilengkapi dengan pelembab mampu megurangkan rekahan di bibir dan membuatkan bibir sentiasa segar.

Saturday, November 8, 2014

Jom Kitar Semula

Kitar Semula Barangan Terpakai


Ramai antara kita yang selalu buang barangan terpakai seperti plastik, kotak dan kaca bukan?

Tahukah anda barang tersebut boleh dikitar semula dan di jual di tempat yang sepatutnya. 

Wednesday, October 29, 2014

Koleksi Lagu Juliana Banos Yang Popular

Koleksi Lagu Juliana Banos Yang Popular


Banyak juga lagu Juliana Banos pernah jadi hit satu masa dulu. Juliana ini sememangnya cantik dan berbakat besar.

Tuesday, October 21, 2014

Pengalaman Bersalin Tanpa Episiotomy

Bersalin Buat Pertama Kali 


Walaupun sudah  setahun berlalu namun aku baru berkesempatan berkongsi detik-detik bersalin buat kali pertama. Masih segar di ingatan aku ketika menanggung kesakitan 'contraction' yang agak lama.

Thursday, October 16, 2014

Lisa Surihani Hebat Dalam Dendam Orang Mati

Lakonan Mantap Lisa Surihani Dalam Dendam Orang Mati 


Filem terbaru dari KRU Studio iaitu Dendam Orang Mati, menampilkan Lisa Surihani sebagai pelakon utama.

Wednesday, August 27, 2014

Sesuatu Yang Tak Mungkin- ZIABELLA

Sesuatu Yang Tak Mungkin- ZIABELLA


Ziabella dianggotai oleh dua gadis yang juga adik beradik yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Ziabella adalah hasil gabungan nama duo ini sendiri.

Tuesday, July 22, 2014

Cara buat inai homemade

Cara mudah buat inai homemade

Ramai yang suka pakai inai tambahan pula dengan lambakan inai homemade yang menjadi kegilaan perempuan tak kira peringkat umur disebabkan warna warni yang menarik perhatian kaum hawa.


Tuesday, July 15, 2014

Cas iPhone dan ipad dengan pantas

Cas iPhone dan ipad dengan USB Remax 

Bagi pengguna iPhone 5/5s serta iPad mini/Air sudah semestinya selalu mengalami situasi di mana bateri iPhone dan ipad kehabisan dan semestinya mahu mengecas hp dengan kadar yang cepat.

Saturday, July 12, 2014

Air Purifier kompak dari Ogawa

Aura Mate Air Purifier Ogawa kompak dan hebat

Bagi sesiapa yang mencari Air Purifier yang kecil dan senang di bawa ke mana saja pilihan terbaik ialah Aura Mate Air Purifier Ogawa


Monday, July 7, 2014

Keunikan Cyberview Resort & Spa

Bercuti dalam suasana lanskap taman yang unik

Merancang untuk bercuti terutamanya ketika musim  cuti persekolahan selalunya merungsikan kerana kebanyakan waktu begini ramai orang akan turut bercuti untuk melepaskan stress bekerja mahupun ingin bersantai bersama keluarga.


Smoothies buah-buahan

Cara mudah buat smoothies buah-buahan

Dengar saja smoothies pasti ramai yang membayangkan kelazatanya tambahan pula sekarang musim bulan puasa. Memang sedap dan bertenaga kalau anda berbuka puasa dengan smoothies buah.



Sunday, July 6, 2014

Buka Puasa Di Verandah Restaurant Cyberview Resort

Buka Puasa dalam suasana taman di Cyberview Resort & Spa


Apabila tiba bulan ramadan semestinya ramai yang memilih untuk membeli juadah berbuka di bazar bukan? Tak kurang juga yang inginkan kelainan dan tercari-cari tempat buffet  menarik dengan harga yang berpatutan untuk berbuka.


Saya telah dijemput oleh Tasha iaitu wakil dari Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa untuk sama-sama merasai juadah berbuka puasa dalam suasana taman yang di kelilingi pokok hijau serta lanskap yang mendamaikan.

Saturday, July 5, 2014

Apartment A'Famosa

Apartment A' Famosa yang sangat selesa

Sepanjang Media FAM Trip ke A 'Famosa saya telah menginap di Apartment A'Famosa yang mempunyai dua bilik tidur, ruang tamu, dua bilik air serta di lengkapi dengan dapur kering dan juga dapur basah.


Saya sangat teruja apabila melihat ruang dan dekorasi warna hijau yang mendamaikan dalam Apartment A'Famosa. 

Sunday, June 8, 2014

Alice In Winterland Kini Di Malaysia!

Alami Fantasi Magic Alice di Snow World

Pasti ramai yang sudah mengenali watak Alice in Wonderland bukan? Mari dan alami dunia majic bersama Alice in Winterland hanya di Snow World Genting Highland! 


Di Snow World Genting Highland anda dapat merasai sendiri suasana salji dingin dan semestinya dapat melihat pelbagai Ice Sculpture yang bertemakan The Story of Alice.

Jangan lepaskan peluang anda dengan berjumpa sendiri watak-watak kesanyangan anda dalam Alice dan turut bergembira dengan  tarian Futterwacen Dance hanya di Snow World Genting Highland


Tarikh : 30,31 Mei, 1,7-8,13 dan 14 Jun 2014
Masa :  12.30pm, 1.30pm, 2.30pm,3.30pm,4.30pm, 5.30pm

Di Snow World Genting Highland   The Story of Alice terdapat 6 tema Ice Sculpture yang pasti akan membuatkan anda terpegun dan kagum . Antaranya ialah ' Welcome To The Magic Rabbit Hole', 'Welcome To The Mad Tea Party', 'Eat Me Experince', 'The Secret Ice Garden', 'The Queen Castle' dan juga "Drink Me Experince'.


Tiket Masuk ke Snow World :-
Dewasa : RM30
Kanak-kanak / Warga Emas : RM 25
Member Card Genting:-
Dewasa: RM27
Kanak-kanak/ Warga Emas : RM22



Apa tunggu lagi? Mari ramai-ramai datang ke Snow World Genting Highand  dan jangan ketinggalan untuk meyaksikan sendiri bagaimana ais di ukir disini. Pasti anda akan dapat memori yang terindah di Snow World Genting Highland.


Pertunjukan Magic tanpa batasan Peter Marvey [ Klik Sini ]

Friday, June 6, 2014

Pertunjukan Magic yang diluar akal fikiran

Magic dari Peter Marvey menakjubkan

Bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa amat menyukai pertunjukan magic. Jika anda menyukai magic maka sesuai dan amat berbaloi dan tidak payah menonton di kaca tv kerana di Genting Higland ada pesembahan magic secara 'live' oleh Peter Marvey.




Peter Marvey merupakan seorang ahli silap mata yang telah memenangi anugerah ' Magician of the year 2002 dan Most Creative Illusionist 2009'. Anda pasti terpukau dengan pesembahan magic yang menakjubkan ini.

Pasti anda akan kagum apabila melihat badan Peter Marvey  terbelah dua sementara kakinya sedang mengayuh basikal. Pasti hairan bukan? Semakin peka anda melihat pesembahan tersebut semakin sukar anda befikir.


Antara magic yang amat memukau penonton ialah aksi terbang yang dilakukan oleh Peter Marvey sendiri. Saya amat terpegun apabila Peter Marvey terbang dan amat sukar di tafsirkan bagaimana dia melakukannya.

Sebenarnya banyak lagi ilusi silap mata ataupun magic yang dilakukan oleh Peter Marvey ini. Pasti rugi jika anda tidak pergi melihatnya sendiri. 

Jangan lepaskan peluang melihat Diamond Illusion yang pasti akan terpahat di minda anada. Apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda sekarang! 


Harga tiket bagi dewasa :-

VIP :- RM 118
PS1 :- RM88
PS2 :- RM68-RM 48

Harga tiket kanak-kanak:-

RM 68, RM48 dan RM 28 seorang.

Untuk keterangan lanjut  sila hubungi 03-271118 atau layari www.rwgenting,com

Bagi  pemegang kad reward memeber genting akan menikmati 30% diskaun bagi pembelian tiket manakala bukan member pemegang kad reward genting akan mendapat 15% diskaun jika membeli tiket di antara 29 Mei- 15 Jun 2014.

The Story of Alice di Snow World  [ klik sini ]

Saturday, May 24, 2014

Keputusan Penuh ABPBH 2013

Keputusan Penuh ABPBH 2013




Kategori Utama:

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali

Kategori Online:

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari

Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin

Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya

Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza

Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Sunday, May 18, 2014

Membeli belah di ZALORA

Pengalaman membeli secara online dengan ZALORA

Pasti ramai yang sudah megenali ZALORA bukan? Ia merupakan rangkaian membeli belah online yang menawarkan pelbagai jenis fesyen dari pelbagai jenama. Tak kiralah dari hangbag, kasut, baju dan macam-macam jenis fesyen lagi.

Sebenarnya ini  merupakan pengalam pertama saya membeli secara online dengan ZALORA kerana mendapat voucer dari  Digi yang bernilai RM 50.00  kerana saya merupakan pengguna pascabayar Digi.

Voucer dari DIGI

Lepas melihat dan dapat barang yang berkenan di hati terus saya klik button 'add to bag' dan mengunakan voucer RM50.00 dari Digi.

Saya hanya perlu membayar RM5.00 sahaja lepas ditolak dari Voucer tersebut. Harga kasut pula RM45.00 sahaja. Seperti yang dijanjikan ZALORA  barang saya diposkan pada hari itu juga dan dijangka sampai keesokan harinya dengan menggunakan servis GDEX.

Tetapi hampa, GDEX tidak menghantar sebarang notis ke rumah saya bila semak barang dalam sistem tulis 'NO ONE AT HOME' sedanngkan saya memang dirumah setiap masa. Keesokan harinya pihak GDEX memaklumkan akan menghantar semula barang ke rumah sebelum jam 7 malam.

Tetapi sama juga barang dari ZALORA tidak sampai dan tiada notis diberikan. Memang sah pihak GDEX tidak mencari rumah saya. Rasa kecewa dengan servis GDEX kerana terpkasa ke ofis untuk mengambil barang ZALORA saya. 

Bila dapat barang, kotak yang mengandungi kasut saya kemek  tak macam kotak kesal sangat. Nasib baik kasut dalam keadaan ok. Nasihat buat ZALORA baik double packing kotak yang mengandungi  barang pelangan kalau tak ini lah jadinya.

Kotak kasut yang kemek

kalau tak ada plasti gdex msti rosak kasut ni


Secara keselruhannya saya berpuas hati dengan produk yang ditawarkan di ZALORA tetapi tidak berpuas hati dengan servis kurior dan pembungkusan dari pihak ZALORA. Lepas kejadian ini, tak pasti akan membeli dari ZALORA lagi atau tidak.

Vessini

Friday, May 16, 2014

Hopital bersalin islamik

Hospital Pakar PRK MUIP menyediakan servis terbaik


Masih tercari- cari hospital swasta di sekitar Kuantan dengan kadar yang berpatutan serta servis yang bagus? Jangan pening-pening kepala wahai bakal ibu mahupun bakal bapa semua kerana saya ada jawapanya.

Friday, April 25, 2014

Media FAM Trip ke A' Famosa

Media FAM Trip dan tarikan terbaru di A' Famosa

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan dan juga PR di A' Famosa iaitu Zac kerana sudi menjempt saya ke Media FAM Trip ke A 'Famosa ini.



Pertandingan memancing di A' Famosa

Acara melepaskan ikan di kolam pancing A' Famosa

Acara melepaskan ikan air tawar di kolam pancing  A' Famosa bertujuan untuk pertandingan memancing yang akan diadakan pada 4 Mei 2014 bertempat di Kolam ikan A' Famosa.

Acara melepaskan ikan 

Antara ikan air tawar yang dilepaskan ke kolam ini antaranya ialah ikan patim, keli, talapia dan di anggarkan berat jumlah keseluruhan ikan tersebut sebanyak 800kg.


Yuran pendaftaran bagi pertandingan memancing di Kolam pancing A' Famosa ialah sebanyak RM 100 untuk setiap penyertaan dan juga akan mendapat 'goodies bag' bernilai RM 50.00

Masa :- 8 pagi hingga 12 tengahari.
Tarikh :- 4 Mei 2014
Tempat :- Kolam pancing A'Famosa
Jumlah hadiah wang tunai : RM 20,400.00


Bagi setiap 200 penyertaan terawal sebelum 3 Mei 2014 akan layak mendapat sehelai T - Shirt dan Cenderamata Eupro yang bernilai RM 50.00 Jadi bagi sesiapa kaki pancing jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah lumayan menanti anda.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 019 6003517 ( TEE) atau 06 5520888 

Thursday, April 24, 2014

The Maze A Famosa yang menakjubkan

Selesaikan misteri di The Maze A Famosa


Cabar diri dan minda anda dengan The Maze A Famosa yang sememangnya penuh dengan misteri yang harus anda rungkaikan.

Alami sendiri bagaimana rasa terperangkap dan harus mencari jalan keluar dengan meyelesaikan puzzle yang amat rumit tetapi seronok!

Saya serta berberapa wartawan dari Utusan, Kosmo!, Oriental Daily, Harian Metro serta Nanyang Siang Pau telah mencuba permainan The Maze A Famosa ini. Kami adalah pemenang pada hari itu.


bangunan the maze

sesi taklimat sebelum permainan dimulakan



Ternyata ianya amat meyeronokan sekali gus mewujudkan sikap bekerjasama dalam menyelasaikan puzzle tersebut.

The Maze A Famosa sememangnya menarik dan amat berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencabar minda pemikiran kreatif dan idea bagi menyelesaikan setiap persoalan yang ada.

we are the winner

Harga masuk di The Maze A Famosa  serta syarat-syarat bermain ialah:-

RM 36 seorang / Umur 15 tahun keatas sahaja dibenarkan bermain The Maze.
Masa permainan : 60 minit.
Pesakit jantung dan ibu mengandung tidak digalakan bermain.
Permain haruslah datang awal 15 minit sebelum permainan di mulakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi -5 petang.

gambaran the maze

Apa tunggu lagi? Jom cabar diri anda dengan permainan The Maze ini! Lawati www.afamosa.com untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut.

Jom bagi makan pada buaya di A Famosa

Crocodile Alive salah satu tarikan baru di A Famosa

Dengar sahaja buaya pasti ada yang gerun denganya. Namun bagi yang berhajat atau suka dengan hidupan ini boleh datang dan berpeluang memberi makan kepada buaya yang terdapat di Safari Wonderland A Famosa.


Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Tak bahaya ke bagi makan pada buaya? Macam mana cara bagi  makan? Ha.. sebenarnya tak lah seram sangat pun bagi makan kat buaya di A Famosa ni. 

Crocodile Alive merupakan salah satu tarikan baru yang terdapat di sini selain Tiger Enconter [klik sini]Terima kasih saya ucapkan kepada pihak A Famosa yang sudi memberi peluang kepada saya merasai pengalaman hebat ini.


Program crocodile alive ini membolehkan para pengunjung berada secara dekat. Pihak yang bertugas telah meyediakan joran yang mempunyai makanan iaitu ayam.

Saya bersama wartawan serta blogger yang lain dapat merasai sendiri pengalaman memberi makan pada buaya yang ternyata amat meyeronokan serta teruja.


Sememangnya program crocodile alive ini sangat bagus dan sesuai seisi keluarga bagi merasai pengalaman yang tidak terdapat dimana-mana safari lain.

Saya juga berpeluang memberi makan kepada harimau dengan secara dekat iaitu program Tiger Enconter
  [ klik sini ] 

Review penuh Water Theme Park A Famosa beserta Big Ice Cream ride [ Klik sini ]




Jom Sarapan Bersama Haiwan di A'Famosa

Sarapan pagi bersama haiwan di A'Famosa


Inginkan satu kelainan ketika menikmati sarapan pagi anda? Alami kelainan sarapan pagi anda di Safari Wonderland A Famosa! Bamboo Steak Corner.

Wednesday, April 23, 2014

Cuti Cuti Jakarta

Cuti Cuti Jakarta

Admin Hotlips Corner telah ke Jakarta bercuti melawat sanak saudara di sana. Percutian ini tanpa agen atau mengambil mana-mana pakej percutian ke Jakarta.

Semuanya diatur sendiri apabila tiba di sana. Saja nak try mana tahu lebih murah. Kali ini pergi simple trip aje. Cuma pergi Safari dan shopping saje.

Hari Pertama:
Di Lcct, naik Air Asia 

Monday, April 21, 2014

Kompleks Peranginan Bank Negara, Port Dickson

Kompleks Peranginan Bank Negara, Port Dickson


Hotlips Corner telah bercuti bersama keluarga di Port Dickson di pusat peranginan milik Bank Negara. Untuk pengetahuan ini hanya untuk pekerja Bank Negara sahaja.


Kompleks Peranginan Bank Negara di Port Dickson ini terletak berhampiran Pantai Tanjong Biru. Kira dekat juga dengan Teluk Kemang.

Jom layan sedikit sebanyak gambar:




Kakak Ipar (kiri) dan Wawa (sepupu)




Mandi Di Swimming Pool
Suami (belakang), mak mertua (kiri sekali), kakak ipar, dan 2 orang sepupu